70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

JERANTUT – Perjalanan tujuh dekad FELDA yang penuh dengan cabaran dan kejayaan berjaya melahirkan generasi peneroka yang cekal serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, sambutan Hari Peneroka dan Hari FELDA Ke-70 hari ini bukan sekadar meraikan sejarah penubuhan agensi itu, malah menghargai pengorbanan seluruh warga peneroka yang membangunkan tanah rancangan sejak 70 tahun lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, warga FELDA melalui pelbagai fasa susah dan senang yang membentuk semangat kental, selain mengukuhkan nilai kebersamaan dalam kalangan komuniti peneroka.

“Sedar tidak sedar, usia FELDA kini sudah mencecah 70 tahun. Pelbagai cabaran ditempuhi, namun pengalaman itu menjadikan seluruh warga FELDA lebih tabah dan kuat menghadapi setiap dugaan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas serta warga FELDA yang sentiasa sabar dan komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi memastikan kemajuan tanah rancangan terus dipertahankan,” katanya sempena Sambutan Hari Peneroka dan Hari FELDA Ke-70, hari ini.

Beliau berkata, semangat perpaduan dan kerjasama dipupuk sejak dahulu perlu terus dipelihara bagi memastikan FELDA kekal relevan serta mampu melahirkan lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Katanya, kejayaan dikecapi hari ini adalah hasil usaha bersama seluruh warga peneroka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam membangunkan ekonomi keluarga dan komuniti.

Razak turut mendoakan agar seluruh warga FELDA terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta menikmati lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Beliau pada masa sama berharap harga sawit terus stabil supaya pendapatan peneroka dapat dipertingkatkan, sekali gus menjamin kesejahteraan serta kelangsungan ekonomi keluarga warga FELDA.

Related Posts

Sabah sasar transaksi RM10 juta menerusi SIE2026

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan potensi jualan dan transaksi perniagaan bernilai kira-kira RM10 juta menerusi penganjuran Sabah International Exhibition 2026 (SIE2026). Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026

KOTA SAMARAHAN – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak terus memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa dengan menghimpunkan 53 delegasi dari tiga negara menerusi Program Come Discover Bumi Kenyalang 2026 (CDBK 2026)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insentif, kemudahan mesra keluarga penting sokong pasangan miliki anak – Pakar ekonomi

Insentif, kemudahan mesra keluarga penting sokong pasangan miliki anak – Pakar ekonomi

Sabah sasar transaksi RM10 juta menerusi SIE2026

Sabah sasar transaksi RM10 juta menerusi SIE2026

Wakaf mampu jadi sumber pembiayaan kebajikan jangka panjang dalam era AI

Wakaf mampu jadi sumber pembiayaan kebajikan jangka panjang dalam era AI

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL