FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta.

Ahmad Zahid berkata, agihan keuntungan tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 72,000 peserta di seluruh negara.

“Agihan ini akan disalurkan secara berperingkat kepada lebih 72,000 peserta di seluruh Malaysia, melibatkan 747 buah projek yang mencatatkan keuntungan,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Bhd, Mohamed Ismi Abdul Majid, berkata agihan keuntungan interim pertama tahun ini meningkat 7.6 peratus kepada RM126.9 juta berbanding RM117 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, agihan itu diharap dapat membantu meningkatkan kesejahteraan peserta, khususnya dalam menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Pihak FELCRA berharap agihan keuntungan ini dapat membantu meningkatkan kesejahteraan peserta.

“Ramai anak peserta kini dapat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, jadi dengan adanya keuntungan ini bolehlah mereka gunakan untuk tujuan tersebut,” katanya kepada media selepas majlis itu.

Mohamed Ismi berkata, peningkatan hasil pengeluaran serta penurunan kos operasi berbanding tahun lalu merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan agihan keuntungan tersebut.

Beliau berkata, purata harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tempoh Januari hingga April tahun ini mencatatkan RM4,367 satu tan berbanding RM4,600 satu tan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Walaupun harga MSM menurun, keuntungan masih meningkat berikutan kos operasi berjaya dikurangkan sebanyak 12 peratus. Selain itu, jumlah projek yang menerima agihan keuntungan turut meningkat kepada 747 projek berbanding 684 projek pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, agihan Interim 1 meliputi keuntungan bagi tempoh Januari hingga April dan pembayaran dibuat mulai bulan ini, manakala agihan Interim 2 yang meliputi tempoh Mei hingga Ogos dijadualkan dibayar pada November selepas proses penutupan akaun pada September.

Related Posts

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar