Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

PASIR GUDANG – Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz tidak mahu duduk semeja dengan DAP sebenarnya bertujuan meraih undi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa naratif itu dimainkan sedangkan UMNO boleh bekerjasama dengan DAP dalam satu kerajaan, seperti di Pahang dan Perak yang merupakan kerajaan campuran.

Beliau yang juga Presiden Amanah berkata, sekiranya DAP tidak baik sudah tentu sudah menarik sokongan dan Menteri Besar dari Pahang dan Perak akan jatuh.

“Rakyat Johor dipermainkan, kalau bersama DAP, saya (kata Onn Hafiz) tak jadi Menteri Besar pun takpe (selepas PRN Johor) tapi DAP baik di Pahang dan Menteri Besar Pahang adalah daripada UMNO, jadi Menteri Besar Pahang kerana sokongan DAP.

“Jadi kamu dipermainkan oleh MB Johor. Permainan kerana nak undi Melayu, umur makin meningkat, main-main, macamlah orang Tiong Hua dan rakyat Johor ini tak pandai.

“DAP di Melaka baik, boleh jadi Exco tapi Ketua Menteri daripada UMNO. Ertinya isu kaum kadang-kadang dipermainkan untuk undi dan bukan atas integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan PRN Johor di pekarangan Pasaraya Jiason, Masai, pada Ahad.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loe Siew Fook dan Naib Presiden Amanah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Dalam pada itu, Anthony secara sinis berkata, ramai pihak menggunakan DAP untuk diletakkan kesalahan walaupun realitinya tidak begitu.

“Tiap-tiap hari semua salah DAP. Banjir sebab DAP, masuk jel pun sebab DAP. Kalau takde DAP tiada alasan lain. DAP adalah sebuah parti politik dan wakil rakyat kita dapat mandat. Kena belajar hormat mandat rakyat,” katanya

Beliau berkata, PRN Johor tidak perlu dijadikan medan untuk mengembalikan zaman gabungan atau parti dominan dalam landskap politik negeri ini kerana pentadbiran dipimpin parti dominan sukar untuk melaksanakan proses semak dan imbang.

Anthony memaklumkan, dominasi politik melibatkan satu gabungan atau satu parti sahaja akan menguasai segala-galanya termasuk berbuat sesuka hati.

“Bagi dia suara kita, ada wakil kita (dalam kerajaan negeri). Kita seimbangkan kekuatan baru negeri ini jadi lebih maju, barulah tiada mana-mana pihak salah guna kuasa dan tidak timbul kerajaan yang sombong.

“Dahulu tidak ada, tiada siapa yang boleh tegur mereka. Mereka berkuasa penuh. Rasuah tiada siapa berani cakap (tegur) dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dihentikan,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan