Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) menepis dakwaan dibuat Khairy Jamaluddin bahawa gabungan itu seolah-olah meniru manifesto Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir Johor dengan baik.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil sebaliknya berkata, semangat yang ditunjukkan oleh bekas ketua Pemuda Umno itu sepatutnya dicontohi Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi supaya lebih berani dan menyahut seruan berdebat dalam kempen PRN Johor.

“Saya lihat Khairy seolah-olah berkempen lebih kuat daripada Onn Hafiz, silap-silap Khairy bersedia untuk berdebat dengan Maszlee Malik.

“Jadi alangkah baiknya kalau Onn Hafiz mempunyai keupayaan, kewibawaan seperti Khairy, patut semangat Khairy itu ‘copy-paste’ pada Onn Hafiz,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk di Kampung Istana.

Pada Jumaat, Khairy mendakwa manifesto PH yang baharu diumumkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerja saat akhir yang seolah-olah meniru manifesto Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negeri ini dengan baik.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, kepimpinan PH ketandusan idea apabila terpaksa menggunakan dasar dan polisi yang telah dibuat Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sejak lebih empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, dakwaan Khairy tidak mengubah hakikat bahawa PH tampil dengan tawaran sendiri kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau menegaskan perhatian kini lebih tertumpu kepada hakikat bahawa Khairy dilihat lebih agresif mempertahankan BN berbanding Onn Hafiz.

“Kalau ada yang patut ‘copy paste’, semangat Khairy yang patut ada kepada Onn Hafiz,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal