Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

BATU PAHAT – Pandangan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim mengenai sokongan seorang pemimpin DAP terhadap pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menggugat kempen Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kenyataan pemimpin tertentu terhadap PH terutamanya DAP tidak mengganggu-gugat peluang gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Jika kita lihat dari segi kehadiran acara-acara bagi PH termasuk beberapa hari lalu saya di DUN Bentayan, sokongan dari rakyat dan akar umbi itu sangat kukuh.

“Kenyataan-kenyataan orang seperti saudari Marina tidak mendatangkan kesan kepada kempen PH,” katanya ketika ditemui media selepas ramah mesra bersama penduduk Kampung Istana, pada Sabtu

Sebelum ini, Marina mendakwa, seorang pemimpin DAP menyokong idea untuk memberikan pengampunan diraja kepada Najib, selain membenarkannya menjalani tahanan di rumah.

Beliau mendakwa, ketika perbualan pada 12 April lalu dengan seorang pemimpin DAP yang sebelum ini lantang mengkritik Najib, pemimpin itu menyatakan bahawa tidak salah untuk Najib diberikan pengampunan dan tahanan rumah atas sumbangannya pada masa lalu.

Katanya, perbualan itu memusnahkan kepercayaannya terhadap politik dan menolak dakwaan bahawa beliau meninggalkan politik kerana dipindahkan ke kawasan lain atau bertindak atas perasaan tidak puas hati.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa