Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

TENANG – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.05 Tenang, Elia Nadira Sabudin menyeru semua pihak agar menghentikan permainan politik berasaskan sentimen perkauman sepanjang kempen pilihan raya, sebaliknya mengutamakan perpaduan dan agenda membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk menawarkan idea, dasar dan penyelesaian kepada masalah rakyat, bukannya platform untuk memecah-belahkan masyarakat dengan memainkan isu kaum yang boleh menggugat keharmonian.

“Makin hari, makin banyak pula dimainkan isu perkauman. Kita pilihan raya ini untuk bina negeri ini, bukan nak memecah-belahkannya,” katanya ketika berucap dalam satu program kempen di DUN Tenang.

Elia Nadira menegaskan bahawa seseorang yang dipilih sebagai wakil rakyat perlu berkhidmat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Yang akan jadi wakil rakyat perlu jadi wakil rakyat untuk semua, bukan untuk satu kaum sahaja. Sebab itu saya selalu tekankan dalam setiap ucapan bahawa kita semua satu keluarga,” ujarnya.

Beliau berkata, budaya politik yang memecah-belahkan masyarakat hanya akan merugikan rakyat dalam jangka panjang, sedangkan kekuatan sebenar Johor terletak pada perpaduan rakyat yang hidup dalam suasana saling menghormati dan bekerjasama.

Tambah beliau, kemenangan dalam pilihan raya tidak seharusnya dicapai dengan mengorbankan keharmonian masyarakat.

“Jangan sebab nak menang pilihan raya, kita pecah belahkan masyarakat. Kita tak nak menang sorak, kampung tergadai. Sama-sama kita jaga keluarga besar Tenang, sama-sama kita bina masa depan Tenang,” katanya lagi.

Beliau turut mengajak seluruh pengundi di DUN Tenang agar menolak politik kebencian dan memberikan sokongan kepada agenda yang mengutamakan perpaduan, kestabilan serta pembangunan negeri.

“Johor ke depan, Undi Harapan,” katanya, sambil menegaskan bahawa masa depan Tenang hanya dapat dibina melalui semangat kebersamaan dan perpaduan seluruh rakyat.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM