MBKS, Sarawak Water digesa selesaikan isu air Pusat Makanan Kenyalang

KUCHING – Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Sarawak Water Sdn Bhd digesa segera menyelesaikan isu gangguan bekalan air di Pusat Makanan Kenyalang yang berlarutan sejak dua minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong berkata, pihak berkuasa perlu mendedahkan punca insiden tersebut serta menetapkan garis masa pembaikan kekal bagi menangani masalah berkenaan.

Menurut beliau, gangguan bekalan itu didakwa bermula selepas paip air utama rosak susulan pelaksanaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) di Jalan Simpang Tiga.

Jelasnya, peniaga terpaksa berdepan ketiadaan air setiap hari bermula jam 6 petang yang merupakan waktu kemuncak operasi perniagaan mereka.

“Keadaan ini amat menyukarkan penjaja kerana air adalah keperluan asas untuk penyediaan makanan, membasuh peralatan, mengekalkan kebersihan serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Langkah meletakkan dua tangki air hanyalah penyelesaian sementara dan MBKS tidak seharusnya menganggap masalah ini telah selesai sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Violet turut membangkitkan kebimbangan mengenai cara projek ART dikendalikan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd yang didakwa memberi kesan langsung kepada infrastruktur setempat.

Beliau mendakwa, sejak projek itu bermula, masyarakat terpaksa berdepan pelbagai isu termasuk kerosakan jalan raya, utiliti bawah tanah terjejas, dan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Tegasnya, sebarang projek pembangunan infrastruktur sewajarnya memberikan keselesaan kepada rakyat dan bukannya menjejaskan perkhidmatan utiliti asas mahupun mata pencarian golongan penjaja.

Justeru, beliau menggesa MBKS dan Sarawak Water Sdn Bhd untuk tampil memberikan penjelasan dan jaminan kepada penjaja terjejas agar operasi perniagaan mereka dapat diteruskan seperti biasa.

Related Posts

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

SHAH ALAM – Ekonomi Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila berkembang kepada RM460.1 bilion pada 2025, sekali gus menyumbang 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah seru Kerajaan Persekutuan kaji semula pelaksanaan subsidi diesel

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di negeri ini bagi memastikan dasar itu mengambil kira keunikan geografi, struktur ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara