Akar umbi UMNO Senggarang boikot Mohd Yusla, jentera kempen gesa rakyat undi calon PH

BATU PAHAT – Gelombang penolakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang semakin memuncak apabila jentera UMNO di kawasan itu bertindak memboikot kempen Mohd Yusla Ismail dan menggerakkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar.

Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh beberapa cawangan di DUN Senggarang selepas hilang keyakinan terhadap Mohd Yusla susulan beberapa janji kepada rakyat yang didakwa gagal ditunaikan.

Menurut beliau, kekecewaan itu menyebabkan jentera di peringkat cawangan tidak lagi aktif membantu kempen calon daripada BN, sebaliknya beralih arah berkempen agar undi diberikan kepada Onn.

“Kami memang sedang memboikot Yusla. Banyak perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan. Ramai akar umbi, masyarakat setempat tidak berpuas hati sepanjang beliau menjadi wakil rakyat

“Malah, ada program seperti Program Semarak Subuh Johor yang bayaran kepada pihak masjid dibuat lewat. Ada juga program lain yang dijanjikan, tetapi sehingga kini masih belum ditunaikan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, tindakan itu dibuat kerana mahu menghantar mesej bahawa suara akar umbi tidak boleh terus dipinggirkan.

Katanya, selagi isu yang dibangkitkan tidak diselesaikan, sukar untuk jentera kembali memberikan komitmen penuh kepada kempen calon berkenaan.

“Kami Umno cawangan di sekitar DUN Senggarang memilih sebulat suara untuk memberi undi kepada calon Pakatan Harapan (PH), Onn Abu Bakar.

“Setiap kali kami berkempen berjumpa orang, kempen rumah ke rumah, kami akan suruh mereka untuk buang undi kepada Onn pada 11 Julai nanti, bukan kepada Yusla,” katanya.

DUN Senggarang menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Mohd Yusla berdepan dengan Onn Abu bakar daripada PH dan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Pada PRN Johor 2022 kerusi itu dimenangi Mohd Yusla dengan majoriti 3,912 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Related Posts

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berautoriti menyelesaikannya mengikut saluran sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

KUALA LUMPUR – Datuk Azrin Khairi hari ini dimasyhurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 menerusi Istiadat Menghadap di Istana Besar Seri Menanti, di sini, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu