KPDN Selangor rampas kasut dipercayai guna cap dagangan tiruan bernilai RM55,000

BANGI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor merampas sejumlah kasut yang dipercayai menggunakan cap dagangan tiruan dalam satu operasi pada Khamis.

Operasi yang dilaksanakan oleh KPDN cawangan Kajang itu membabitkan sebuah premis di sekitar Bandar Baru Bangi yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

“Dalam operasi tersebut, anggota penguat kuasa KPDN bersama wakil pemilik cap dagangan berjaya merampas sejumlah kasut yang dipercayai menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran dengan nilai anggaran kira-kira RM55,000.

“Kes disiasat di bawah peruntukan Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

KPDN menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaan cap dagangan berdaftar secara tidak sah.

Orang ramai serta peniaga turut diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Tambahnya lagi, jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019, individu atau syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan tiruan atau dipenjarakan sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

SANDAKAN – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di Tian Sia, di sini pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data