Penumpang terjatuh di Stesen Hang Tuah disahkan selamat

KUALA LUMPUR – Rapid KL mengesahkan insiden melibatkan seorang penumpang yang dipercayai pitam sebelum hilang imbangan dan terjatuh ke landasan di Stesen Hang Tuah Laluan Ampang/Sri Petaling pada jam 6.36 petang semalam.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Rapid KL bagaimanapun memaklumkan anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada penumpang tersebut. 

“Pada masa yang sama, bekalan kuasa ke landasan dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan bagi membolehkan pasukan operasi melaksanakan kerja-kerja menyelamat.

“Penumpang berkenaan berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan dengan selamat sebelum diberikan rawatan awal di bilik kecemasan stesen.

“Selepas pemeriksaan keselamatan dijalankan dan landasan disahkan selamat untuk beroperasi, perkhidmatan tren di Laluan Ampang/Sri Petaling beroperasi semula seperti biasa pada jam 6.52 petang,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama rangkaian pengangkutan itu menegaskan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penumpang dan mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan keselamatan di stesen, termasuk berada di belakang garisan keselamatan ketika menunggu tren serta tidak memasuki kawasan landasan.

“Rapid KL turut menasihatkan mana-mana penumpang yang berasa kurang sihat, pening atau tidak selesa ketika berada di stesen supaya segera mendapatkan bantuan daripada petugas stesen atau anggota Polis Bantuan yang bertugas bagi membolehkan bantuan diberikan dengan segera,” katanya.

Sebelum itu, tular gambar dan video di media sosial mengenai seorang lelaki terjatuh di landasan mengakibatkan keadaan panik seketika.

Related Posts

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

SHAH ALAM – Ekonomi Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila berkembang kepada RM460.1 bilion pada 2025, sekali gus menyumbang 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah seru Kerajaan Persekutuan kaji semula pelaksanaan subsidi diesel

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di negeri ini bagi memastikan dasar itu mengambil kira keunikan geografi, struktur ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara