Malaysia kekal bersama Palestin, perbaharui sumbangan AS$1 juta kepada UNRWA

PUTRAJAYA – Malaysia terus memberi sokongan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) dengan menyumbang US$1 juta.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata sumbangan itu atas peranan kritikal UNRWA dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan kepada pelarian Palestin.

“Selari dengan komitmen ini, Kerajaan Malaysia telah memperbaharui sumbangan jangka panjangnya kepada UNRWA bernilai USD1 juta semasa Majlis Sumbangan UNRWA di New York pada 30 Jun 2026.

“Sumbangan penuh ini akan disalurkan secara berperingkat dari 2026 hingga 2030 bernilai USD200,000 setahun,” menurut kenyataan itu yang disampaikan dalam Majlis Sumbangan UNRWA di New York baru-baru ini.

Kementerian Luar menegaskan usaha ini merupakan manifestasi nilai Ihsan dan Keyakinan kerangka Malaysia MADANI. 

“Malaysia akan terus menyokong UNRWA agar ia dapat memenuhi mandatnya terhadap rakyat Palestin,” ujarnya.

Related Posts

Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Literasi Pertahanan Nasional perkukuh kesedaran masyarakat terhadap pertahanan negara

KOTA KINABALU – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan dan kedaulatan negara menerusi pelaksanaan inisiatif Literasi Pertahanan Nasional yang menekankan kepentingan penyertaan seluruh lapisan masyarakat dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang