Kastam Sarawak tumpaskan sindiket arak, rokok lebih bernilai RM1 juta di Sibu

NANA MOHAMAD & EVELINE B

SIBU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai RM1.21 juta menerusi empat serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada awal bulan awal.

Pengarahnya, Datuk Norizan Yahya berkata, sindiket penyeludupan itu dikesan menggunakan beberapa rumah kediaman tidak berpenghuni sebagai stor penyimpanan sementara sebelum barangan tersebut diedarkan ke pasaran tempatan.

Menurut beliau, operasi penguatkuasaan pada 5 dan 6 Jun itu merekodkan jumlah sitaan terbesar di sebuah rumah di Lorong Rantau Panjang.

“Serbuan di lokasi tersebut melibatkan rampasan 490,000 batang rokok dan 16,751.76 liter minuman keras dengan nilai keseluruhan RM812,986.71 termasuk duti dan cukai.

“Tiga lagi serbuan yang memfokuskan taktik (rumah kosong) sama turut dilakukan di Lorong Lilin, Lorong Quarry dan Lorong Ulu Sungai Merah,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Mengulas lanjut berkenaan tiga lokasi tambahan tersebut, Norizan menjelaskan jumlah pecahan sitaan di Lorong Lilin dan Lorong Quarry masing-masing dianggarkan bernilai RM189,154.11 dan RM189,655.88.

Manakala bagi serbuan di Lorong Ulu Sungai Merah pula, pihaknya merampas sebanyak 855.36 liter minuman keras bernilai RM22,263.95.

Jelasnya, kesemua kes kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam mahupun barang larangan import.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali amaun duti kastam atau RM100,000, serta tidak melebihi 20 kali nilai barang atau RM500,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

“Pesalah juga berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Beliau pada masa sama turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855, dengan jaminan identiti pelapor dirahsiakan sepenuhnya.

Related Posts

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

SHAH ALAM – Ekonomi Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila berkembang kepada RM460.1 bilion pada 2025, sekali gus menyumbang 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah seru Kerajaan Persekutuan kaji semula pelaksanaan subsidi diesel

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di negeri ini bagi memastikan dasar itu mengambil kira keunikan geografi, struktur ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara