AMK Sabah seru Kerajaan Persekutuan kaji semula pelaksanaan subsidi diesel

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di negeri ini bagi memastikan dasar itu mengambil kira keunikan geografi, struktur ekonomi dan keperluan sebenar rakyat Sabah.

Ketuanya, Zaidi Jatil berkata, walaupun pihaknya memahami rasional pelaksanaan reformasi subsidi diesel secara bersasar yang berkuat kuasa pada 1 Julai, pendekatan berkenaan perlu disesuaikan dengan realiti Sabah yang berbeza berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Reformasi subsidi bertujuan mengurangkan ketirisan, membendung aktiviti penyeludupan serta memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak, namun pelaksanaannya tidak seharusnya mengabaikan cabaran unik yang dihadapi rakyat Sabah.

“Sabah mempunyai keluasan kawasan yang besar, penempatan penduduk yang berselerak serta rangkaian pengangkutan awam yang masih terhad, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Dalam keadaan ini, penggunaan kenderaan diesel bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan asas untuk rakyat menjalankan aktiviti harian dan menjana pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, sebahagian besar rakyat Sabah yang terdiri daripada petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pengusaha logistik, kontraktor kecil serta pekerja luar bandar bergantung kepada kenderaan diesel untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

Justeru katanya, pelaksanaan subsidi diesel secara berkuota dan bersyarat dikhuatiri akan menyebabkan sebahagian pengguna yang layak berdepan kesukaran mendapatkan subsidi secara adil dan mencukupi.

Selain itu, AMK Sabah turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kesan rantaian daripada pelaksanaan dasar berkenaan termasuk peningkatan kos logistik, kos pengangkutan dan harga barangan keperluan yang akhirnya akan menambah beban kos sara hidup rakyat Sabah.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan pendekatan yang lebih inklusif, fleksibel dan bersesuaian dengan keadaan setempat bagi memastikan objektif reformasi subsidi dapat dicapai tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

“Reformasi subsidi sememangnya penting bagi menjamin kelestarian fiskal negara. Namun, dasar yang baik juga perlu dilaksanakan secara adil, pragmatik serta sensitif terhadap realiti tempatan.

“Kami berharap Kerajaan Persekutuan dapat menilai semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di Sabah supaya tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat dasar ini,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus terbuka mendengar pandangan rakyat serta melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaan dasar demi memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat terus terpelihara.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri