Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, hasil perbincangan mendapati wilayah tersebut mempunyai kelebihan dari segi pelancongan budaya, warisan dan ekopelancongan.

Menurut beliau, kelebihan tersebut berpotensi besar untuk diperkasa bagi menarik kehadiran lebih ramai pelajar tempatan dan antarabangsa.

“Lokasi seperti Tamu Muhibbah, rumah panjang, Muzium Petroleum Miri dan Taman Negara Niah dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai tarikan utama.

“Bagi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa cadangan penambahbaikan turut dikemukakan, termasuk inisiatif menaik taraf Muzium Petroleum Miri serta memperkaya kandungan pendidikan di rumah panjang,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan terus bekerjasama dengan MITA serta agensi berkaitan bagi memperkukuh produk edupelancongan di sini.

“Langkah ini sekali gus mempromosikan warisan, budaya dan sejarah Sarawak kepada pelawat dari dalam dan luar negara,” katanya.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak