Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

SUNGAI BALANG – Calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin menggariskan lima tekad utama sebagai komitmen untuk membawa pembangunan yang lebih menyeluruh, mampan dan berdaya saing demi meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan itu.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang itu, fokus pertama adalah memperkasa ekonomi tempatan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta memperkukuh sokongan kepada usahawan, nelayan, petani dan perusahaan kecil agar ekonomi Sungai Balang terus berkembang.

“Sungai Balang mempunyai potensi yang besar. Saya mahu memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi.

“Ia melalui lebih banyak peluang pekerjaan, sokongan kepada usahawan tempatan serta pemerkasaan sektor perikanan, pertanian dan perusahaan kecil,” katanya.

Soraya berkata, beliau juga akan memperjuangkan pembangunan infrastruktur yang lebih baik termasuk menaik taraf jalan raya, sistem saliran, capaian internet berkelajuan tinggi, pengangkutan awam dan kemudahan asas bagi memenuhi keperluan penduduk.

“Pembangunan infrastruktur bukan sekadar membina jalan, tetapi memastikan rakyat menikmati kemudahan yang berkualiti, selamat dan setanding dengan kawasan lain supaya Sungai Balang terus maju,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan kepentingan melahirkan modal insan yang berdaya saing melalui peluasan akses kepada pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), latihan kemahiran, keusahawanan serta pembangunan belia.

Menurutnya, aspek kebajikan rakyat juga tidak akan dipinggirkan dengan memastikan bantuan yang lebih menyeluruh kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan golongan B40, di samping memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta komuniti.

“Pembangunan yang sebenar bukan hanya diukur melalui projek fizikal, tetapi sejauh mana kebajikan rakyat terus terbela dan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.

Mengulas tekad kelima, Soraya berkata beliau mahu menjadikan Sungai Balang sebagai sebuah DUN yang berdaya saing dan mampan dengan memanfaatkan potensi sektor perikanan, pertanian, pelancongan serta ekonomi digital sambil memelihara kelestarian alam sekitar.

“Lima tekad ini adalah komitmen saya kepada seluruh warga Sungai Balang. Saya mahu membina sebuah kawasan yang mampu menarik pelaburan, membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan serta menjadi pilihan untuk didiami, bekerja dan membina masa depan yang lebih baik. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, kita mampu merealisasikan hasrat ini bersama,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula