Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

BATU PAHAT –  Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Felicia Poh Rui Ling menyifatkan sambutan pengundi sepanjang hari keempat kempen amat memberangsangkan.

Beliau berkata, perkembangan positif itu memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja mempunyai peluang cerah bahkan mampu mempertahankan kerusi tersebut daripada dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, hasil program turun padang di Pasar Malam, Banang Hawker Centre, Eng Kok Kopitiam, Kedai Kopi Mio Hung serta Pasar Tani Batu Pahat mendapati ramai pengundi menyatakan sokongan secara terbuka terhadap beliau dan PH.

“Kita melihat penerimaan masyarakat sangat positif. Ada yang secara berdepan menyatakan akan mengundi PH. Ramai yang menyapa, berjabat tangan serta memberikan kata-kata semangat seperti teruskan usaha dan semoga berjaya.

“Jika momentum ini berterusan, saya percaya kita mempunyai peluang untuk menang di Kempas,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika melakukan walkabout di sekitar Anjung Selera Pesta, Batu Pahat, pada Selasa.

Mengenai momentum kempennya, beliau yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor menyifatkan gerak kerja kini sudah berada pada tahap maksimum membolehkannya memahami keperluan sebenar penduduk.

Felicia berkata, ramai pengundi sudah memahami pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan seperti pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta isu berkaitan subsidi diesel dan petrol.

“Setiap sokongan dan doa yang diberikan menjadi pembakar semangat buat saya untuk terus bekerja lebih keras demi masyarakat Penggaram.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan. Saya akan terus turun padang, mendengar denyut nadi rakyat dan berusaha memberikan yang terbaik untuk Penggaram,” katanya.

DUN Penggaram menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Felicia dan calon Boo Chin Liong daripada BN.

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Penggaram dimenangi calon PH, Gan Peck Cheng yang memperoleh 18,208 undi dengan menewaskan calon BN, Ter Hwa Kwong, dengan majoriti 9,956 undi.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan