Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR – Penyelarasan perbelanjaan mengurus Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menjejaskan pelaksanaan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) serta strategi RESET, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, langkah yang dilaksanakan Kementerian Kewangan (MoF) itu hanya membabitkan pengurangan perbelanjaan yang tidak kritikal, manakala komponen utama perkhidmatan kesihatan kekal dipertahankan seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2026.

Menurut beliau, kerajaan turut menyemak semula cadangan penyelarasan perbelanjaan mengurus KKM daripada RM3.1 bilion kepada RM500 juta bagi menyediakan ruang fiskal untuk menampung peningkatan subsidi susulan krisis di Asia Barat.

“Jumlah ini tidak membabitkan perbelanjaan utama seperti emolumen, bekalan ubat, elaun lebih masa termasuk ‘on-call’ dan sebagainya. Peruntukan ubat-ubatan juga terus dinaikkan kepada RM6.5 bilion tahun ini, berbanding RM6 bilion pada 2025.

“KKM tahun ini turut menyasarkan pengambilan lebih 18,000 petugas kesihatan tanpa sebarang pengurangan berbanding tahun sebelumnya.

“Ini membuktikan langkah penjimatan tidak menjejaskan keutamaan kerajaan memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan kesihatan berkualiti,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) berhubung kesan penyelarasan peruntukan KKM terhadap pelaksanaan strategi RESET dan Pelan MHIT.

Amir Hamzah berkata, dalam keadaan fiskal semasa, pelaksanaan RESET menjadi semakin penting bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan negara terus mampan serta mampu mengawal peningkatan kos rawatan.

Katanya, strategi itu memberi tumpuan kepada penambahbaikan tawaran MHIT, ketelusan harga, pendigitalan sistem kesihatan, peluasan pilihan rawatan yang lebih menjimatkan kos serta pembaharuan mekanisme pembayaran kepada penyedia perkhidmatan kesihatan.

“Inisiatif seperti pembayaran berasaskan Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) dan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) bukan hanya menangani inflasi perubatan.

“Ia juga mengurangkan pembaziran, antaranya dengan mengelakkan ujian diagnostik berulang dan memastikan bayaran rawatan lebih telus serta berasaskan nilai,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu selari dengan pelaksanaan Akta Perolehan Kerajaan 2026 yang dijangka berkuat kuasa pada 2027 bagi memperkukuh tadbir urus kewangan melalui pencegahan ketirisan, pembaziran dan pemborosan dana awam.

Menurutnya, usaha meningkatkan kecekapan perbelanjaan akan membolehkan lebih banyak sumber disalurkan terus kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Dalam konteks kesihatan swasta, prinsip sama diterapkan menerusi pembelian strategik dan DRG di bawah Pelan MHIT Asas yang memastikan harga adil dan cekap bagi rawatan di hospital.

“Langkah penjimatan ini tidak menjejaskan keupayaan Jawatankuasa Bersama untuk menjayakan RESET dan Pelan MHIT, sebaliknya memperkukuh lagi komitmen kerajaan menyediakan sistem penjagaan kesihatan lebih mampu milik, cekap dan mampan untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

RUU Pinda Akta 792 perkukuh tindakan terhadap pemangsa seksual kanak-kanak rentas sempadan

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 bagi memperluaskan bidang kuasa undang-undang Malaysia terhadap jenayah seksual melibatkan kanak-kanak yang dilakukan di luar negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mungkin Machang kena tanya Bachok – Akmal tegur Wan Ahmad Fayhsal ulang soalan sama

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara menerusi transformasi jangka panjang bagi memastikan Malaysia tidak terus bergantung kepada struktur ekonomi sedia ada dalam menghadapi ketidaktentuan global. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM