Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, mangsa berusia 20 tahun dilaporkan keluar ke laut untuk mengambil pukat yang dipasang sehari sebelumnya.

“Siasatan awal mendapati, ketika mangsa sedang mengangkat hasil tangkapan, seekor buaya dipercayai muncul secara tiba-tiba sebelum membaham mangsa pada bahagian perut dan dada sebelah kiri lalu mangsa
tenggelam ke dalam air.

“Ahli keluarga bersama penduduk kampung segera melancarkan usaha mencari mangsa dan kira-kira pukul 10 pagi, mayat mangsa ditemui terapung di Pantai Kampung Mundas,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Jimmy berkata, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Sub-Inspektor Mohd Tahir Radin Hassan di talian 089-881255 atau tampil ke balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti di kawasan sungai atau laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion