Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

MUKAH – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses persempadanan semula bagi memuktamadkan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ketua Penerangannya, Royston Valentine berkata, permintaan tersebut perlu diberi keutamaan memandangkan penggal DUN Sarawak kini sudah berada pada tahun terakhir sebelum terbubar secara automatik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian menzahirkan kekhuatiran sekiranya proses di peringkat Parlimen terus berlengah, penambahan kerusi tersebut tidak sempat dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

“Jika belum dimuktamadkan sekarang, kita terpaksa menunggu sekurang-kurangnya lima tahun lagi untuk pusingan pilihan raya seterusnya.

“Sebab itu semua proses teknikal SPR termasuk kajian, penelitian dan pameran awam wajar dipercepatkan dalam kerangka masa yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Menurut Royston, cadangan penambahan tersebut sepatutnya tidak menjadi isu memandangkan ia telah mendapat kelulusan mutlak pada peringkat DUN Sarawak mengikut lunas undang-undang pada Julai tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau menuntut keazaman politik yang tinggi daripada pimpinan Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan mandat rakyat Sarawak itu tanpa sebarang campur tangan atau ‘kira-kira politik’ yang menjurus kepada kelewatan.

“Selain tindakan lanjut daripada SPR, Parlimen Malaysia juga memikul peranan besar untuk mengesahkan cadangan penambahan 17 kerusi DUN baharu ini dengan segera,” tegas beliau.

Mengulas berkenaan keperluan persempadanan semula itu, Royston menjelaskan penambahan kerusi berkenaan amat kritikal bagi memastikan kadar perwakilan rakyat lebih seimbang selaras dengan keluasan geografi Sarawak.

Jelasnya, langkah itu juga berupaya menampung lonjakan jumlah pengundi saban tahun, di samping memperkukuh keberkesanan sistem penyampaian dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

“Rakyat Sarawak di setiap pelosok negeri berhak menikmati pembangunan mampan. Melalui penambahan kerusi DUN ini, agenda pembangunan di kawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan lebih drastik dan berfokus,” ujarnya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion