Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.

Amirudin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai aduan pengguna berhubung masalah capaian aplikasi tersebut yang menjejaskan urusan pembayaran parkir.

“Saya telah dimaklumkan terdapat aduan berkenaan aplikasi parking yang tidak dapat diakses oleh pengguna.

“Sepanjang urusan teknikal ini berjalan, saya telah mengarahkan agar tiada caj parkir ataupun kompaun dikenakan kepada para pengguna sehingga isu teknikal ini diselesaikan sepenuhnya,” kongsinya di Facebook hari ini.

Menurut beliau, pasukan teknikal kini sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem, termasuk proses migrasi ke pelayan (server) baharu bagi memastikan perkhidmatan kembali beroperasi dengan lebih stabil.

Arahan itu dijangka memberi kelegaan kepada pengguna yang terjejas, selain memastikan mereka tidak dikenakan tindakan akibat kegagalan sistem yang berada di luar kawalan mereka.

Sebelum itu, Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) memaklumkan, perkhidmatan aplikasi SIP sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu.

Menurut syarikat milikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) itu, pasukan teknikalnya sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.

  • Related Posts

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti menerusi pelaksanaan Sabah Biodiversity Strategy 2024-2034 sebagai hala tuju strategik negeri bagi tempoh sedekad dalam melindungi, memulihara serta memanfaatkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

    SUNGAI PETANI – Dua anggota Tentera Darat (TDM) yang cedera selepas senjata yang dikendalikan mereka meletup secara tiba-tiba ketika menjalani Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

    Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

    Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

    Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

    Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

    Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

    Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah