PDRM zahir penghargaan atas peruntukan RM1 juta demi kebajikan anggota

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas kelulusan peruntukan RM1 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih kritikal dan mendesak di kuarters PDRM di Johor.

PDRM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, peruntukan itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan anggota pasukan dan keluarga mereka terus diberi perhatian.

“Penyediaan kediaman yang lebih selesa dan kondusif bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup warga PDRM, malah menjadi pemangkin semangat kepada anggota untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi menjaga keselamatan negara,” menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kebajikan warga PDRM sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan MADANI.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan tersebut yang disifatkan sebagai bukti kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan anggota keselamatan dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan negara.

“Keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan anggota keselamatan adalah bukti bahawa setiap pengorbanan mereka sentiasa dihargai dan tidak pernah dipandang ringan.

“Insya-Allah, Kementerian Dalam Negeri akan memastikan pelaksanaan peruntukan ini dapat disegerakan,” katanya menerusi media sosial pada Ahad.

Menurut beliau, kementerian akan memastikan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih itu disegerakan supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh warga PDRM secepat mungkin.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP