Mahasiswa jadilah jambatan didik pengundi muda lawan politik kebencian, pencetus politik matang PRN Johor

JOHOR BAHRU – Golongan mahasiswa disaran memainkan peranan lebih aktif dalam mencorak landskap politik baharu di Johor, khususnya dengan membantu meningkatkan tahap kematangan politik pengundi muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hakim Hafizudin berkata, golongan itu tidak perlu takut atau terkesan dengan apa-apa intimidasi yang bakal dihadapi atas kerana penglibatan aktif dalam politik.

Menurut beliau, kebanyakan pengundi muda ketika ini masih tidak berparti dan tidak fanatik terhadap sebarang parti politik, sekali gus membuka ruang kepada mahasiswa untuk membimbing anak muda menjadi pengundi yang lebih matang dan berfikiran kritis.

“AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) bukan lagi satu halangan untuk pelajar memahami apa itu politik. Kebanyakan pengundi muda masih lagi tidak berparti atau fanatik kepada mana-mana gerakan parti politik.

“Mahasiswa perlu bantu berusaha untuk tingkatkan kematangan pengundi muda kearah menjadi pengundi yang bijak dan tidak termakan naratif sempit serta budaya politik hina menghina, serta cemuh mencemuh,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hakim berkata, penglibatan aktif mahasiswa juga memainkan peranan penting untuk menjana informasi dan fakta yang sahih terhadap masyarakat.

Pada masa sama, golongan terbabit juga adalah ejen kepada penterjemahan politik berasaskan nilai yang menjadi tanggungjawab oleh mahasiswa sebagai golongan terpelajar dan berpendidikan.

“Dengan penglibatan mahasiswa terhadap gaya dan model politik matang dalam memilih calon ini akan memberikan kesan positif kepada amalan politik di Malaysia.

“Kesannya, anak muda dilihat bukan sekadar pak turut semata-mata sebaliknya anak muda turut dipandang tinggi kerana sama-sama ingin membantu dalam membangunkan negara,” katanya.

Related Posts

Fakharuddin kecam politik kotor sabotaj billboard

KOTA TINGGI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Fakharuddin Moslim mengecam perbuatan khianat atau politik kotor sesetengah pihak terhadapnya pada Isnin. Beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rafizi arkitek gagal, hindari naratif palsu burukkan kerajaan

JOHOR BAHRU – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli yang kini cuba meraih semula sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH) melalui naratif menyalahkan kerajaan mempamerkan percubaan untuk menutup kelemahan serta kegagalannya ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mungkin Machang kena tanya Bachok – Akmal tegur Wan Ahmad Fayhsal ulang soalan sama

Mungkin Machang kena tanya Bachok – Akmal tegur Wan Ahmad Fayhsal ulang soalan sama

Anggota bomba mengaku tidak bersalah rempuh budak 4 tahun

Anggota bomba mengaku tidak bersalah rempuh budak 4 tahun

Mahasiswa jadilah jambatan didik pengundi muda lawan politik kebencian, pencetus politik matang PRN Johor

Mahasiswa jadilah jambatan didik pengundi muda lawan politik kebencian, pencetus politik matang PRN Johor

Fakharuddin kecam politik kotor sabotaj billboard

Fakharuddin kecam politik kotor sabotaj billboard

KDNK berkembang 5.4 peratus, ekonomi negara kekal berdaya tahan

KDNK berkembang 5.4 peratus, ekonomi negara kekal berdaya tahan

Krisis Asia Barat dijangka tingkat 20 peratus kos baja, makanan – Akmal Nasrullah

Krisis Asia Barat dijangka tingkat 20 peratus kos baja, makanan – Akmal Nasrullah