Fakharuddin kecam politik kotor sabotaj billboard

KOTA TINGGI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Fakharuddin Moslim mengecam perbuatan khianat atau politik kotor sesetengah pihak terhadapnya pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor berkata, tindakan itu melibatkan ‘billboard’ (papan iklan) miliknya telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menegaskan, perbuatan itu tidak sama sekali melemahkan semangat pasukannya untuk terus mendekati rakyat serta meneruskan usaha menawarkan khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Nampaknya ada yang tak senang dengan kempen kami sampai billboard pun jadi sasaran,

“Tak apa. Billboard boleh diganti, tapi semangat kami untuk berkhidmat kepada rakyat Pasir Raja tidak akan pernah luntur,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Sehubungan itu, Fakharuddin menegaskan, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dalam waktu tempoh terdekat.

Menurut beliau, semua pihak seharusnya menghormati proses pilihan raya dengan memberi ruang kepada rakyat membuat penilaian serta menentukan pilihan mereka tanpa sebarang provokasi.

“Mari kita berkempen secara sihat dan biar rakyat yang menentukan pilihan mereka di peti undi. InshaAllah, satu laporan polis akan dibuat,” katanya.Fakharuddin akan menghadapi saingan tiga penjuru yang akan menentang Ketua UMNO Bahagian Tenggara,Datuk Seri Dr Adham Baba mewakili Barisan Nasional (BN), Yuhanita Yunan sebagai calon Pas.

Pada PRN Johor 2022, kerusi Pasir Raja dimenangi calon BN, Rashidah Ismail, yang memperoleh 9,381 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Intan Jawahir (4,493 undi); calon PH, Mohd Fakharuddin Moslim (1,976 undi); serta calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd Yusri Yusof (265 undi).

Rashidah menang dengan majoriti 4,888 undi daripada keseluruhan 28,045 pengundi berdaftar, manakala peratusan keluar mengundi direkodkan sebanyak 57.5 peratus.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak