Anggota bomba mengaku tidak bersalah rempuh budak 4 tahun

BACHOK – Seorang anggota bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga merempuh seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mengakibatkan mangsa cedera parah pada Januari lalu.

Mohammad Shuhaili Shuib, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Shuhaili didakwa memandu sebuah Toyota Innova secara cuai sehingga melanggar mangsa di kawasan parkir sebuah chalet kira-kira jam 10.45 pagi pada 3 Januari lalu.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan parah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Habil Zainal Abidin.

Muhammad Aiman memohon mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Muhammad Habil berkata, anak guamnya merupakan pembantu bomba yang bertugas di Pulau Pinang dengan gaji bersih kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, tertuduh turut menanggung isteri yang bekerja di sebuah kilang, empat orang anak serta kedua-dua ibu bapanya selain perlu berulang-alik dari Pulau Pinang ke Bachok bagi menghadiri prosiding mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian abdomen selain patah bahu kanan, tulang selangka dan tulang rusuk selepas dirempuh sebuah MPV milik sebuah agensi penyelamat ketika Hari Keluarga JBPM.

Ibu mangsa, Nurul Afzan Che Ramlee berkata, anak bongsunya sedang bermain di kawasan padang yang menjadi lokasi acara sukan rakyat sebelum dirempuh MPV yang sedang mengundur.

Beliau berkata, beberapa kanak-kanak lain turut bermain di kawasan berkenaan kerana lokasi itu merupakan tapak sukaneka dan bukannya laluan kenderaan.

Foto: Utusan

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok