RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

PUTRAJAYA – Harga petrol RON97 turun 20 sen kepada RM4.15 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.62 seliter berkuat kuasa esok.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga RON97 sebelum ini RM4.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi RM3.77 seliter.

“Harga diesel tanpa subsidi turut turun 10 sen kepada RM4.47 seliter berbanding RM4.57 seliter sebelum ini.

“Semua harga berkenaan berkuat kuasa sehingga 19 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut kementerian itu, harga bahan api bersubsidi kekal tidak berubah, dengan RON95 di bawah BUDI95 terus dijual pada RM1.99 seliter.

“Harga diesel menerusi BUDI Diesel pula kekal RM2.10 seliter,” ujarnya

Katanya, bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi, harga masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Jelas kementerian lagi, penurunan harga produk petroleum itu dipengaruhi harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang menyebabkan harga minyak dunia didagangkan pada paras lebih rendah sepanjang sebahagian besar minggu lalu.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan berhubung pembukaan semula Selat Hormuz terus menjadi risiko kepada gangguan bekalan minyak dunia dan memberi tekanan terhadap harga petroleum.

“Justeru, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, kementerian menyeru rakyat menggunakan bahan api secara berhemat, merancang perjalanan dengan lebih cekap serta mengurangkan perjalanan tidak perlu bagi membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1