Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI bukan sekadar mengejar angka pertumbuhan ekonomi semata-mata namun mengutamakan kemakmuran itu dirasai secara saksama oleh setiap lapisan masyarakat, sama ada di kota mahupun pedalaman.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil berkata, prinsip itu selaras dengan konsep demokrasi penyertaan yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan nadi penggerak sesebuah negara adalah rakyatnya.

Beliau memaklumkan, pemimpin dan agensi kerajaan wajib mendengar, turun ke padang, merundingi rakyat menerusi semangat syura, dan menyantuni keperluan akar umbi.

“Atas dasar itulah, Kementerian Komunikasi diletakkan di barisan hadapan sebagai jambatan penyampaian maklumat, pengukuhan infrastruktur, dan pemerkasaan sosioekonomi digital komuniti.

“Sepanjang tahun 2026 ini sehingga ke hari ini, Kementerian Komunikasi di bawah kepimpinan Menteri, Datuk Fahmi Fadzil telah menggerakkan pelbagai inisiatif mampan berpaksikan rakyat melalui pengukuhan infrastruktur digital, keselamatan siber, dan pemantapan komunikasi komuniti.

“Di bawah seliaan kementerian, antaranya Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang rancak melaksanakan pengisian komuniti bersepadu,” katanya ketika berucap pada perasmian Program MADANI KITA di Kampung Sawah, Chuah, pada Sabtu.

Dalam menjelaskan pelbagai insiatif dilaksana Kementerian Komunikasi, Bahria berkata, menerusi Kempen Internet Selamat dan Perlindungan Kanak-Kanak melalui MCMC telah menguatkuasakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak bagi memastikan pengesahan umur yang ketat di platform digital.

Menurut beliau, perkara tersebut demi melindungi generasi muda daripada kandungan mudarat, di samping memperkukuh kerjasama global mengekang jenayah penipuan dalam talian (scam).

“Sebanyak 108 Komuniti MADANI telah ditubuhkan merangkumi 36 kawasan DUN. Bagi kawasan Port Dickson dan Chuah, badan sukarela ini digerakkan secara aktif untuk menyebar luas maklumat sahih dasar-dasar kerajaan seperti bantuan tunai dan penyasaran subsidi.

“Komuniti MADANI juga akan berfungsi sebagai benteng tempatan dalam menangani penularan berita palsu serta fitnah di media sosial,” katana.

Tambahnya, Kementerian Komunikasi komited menaik taraf infrastruktur asas dan kesalinghubungan digital di kawasan luar bandar yang terpilihbagi meningkatkan kualiti hidup penduduk secara menyeluruh

“Bagi tahun ini, Kampung Angkat MADANI yang terpilih adalah Kampung Tebat Kering di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rangkaian NADI juga kini diiktiraf di peringkat global oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sebagai Pusat Transformasi Digital.

“Kementerian Komunikasi mengoptimumkan fungsi NADI untuk melatih usahawan mikro (PMKS) di kawasan luar bandar, merapatkan jurang digital, serta melahirkan penasihat teknologi (prompt engineer) dalam kalangan anak muda tempatan,” katanya.

Related Posts

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

KULAI – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menghadiri program kemuncak atau Grand…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak