Keadaan terkawal, 56 pusat penamaan calon PRN Johor dibuka

JOHOR BAHRU – Kesemua 56 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dibuka serentak pukul 9 pagi ini.

Bakal-bakal calon mempunyai tempoh sehingga sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang masing-masing kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di pusat penamaan calon, sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.

Sebaik sahaja proses pengesahan selesai, bermulalah tempoh berkempen selama 14 hari seperti  ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 11.59 malam, 10 Julai.

Bagi proses penyerahan, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

Tinjauan di beberapa pusat penamaan calon mendapati penyokong parti-parti politik mula berkumpul seawal 6.45 agi bagi memberi sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

Anggota keselamatan turut ditempatkan di setiap pusat penamaan calon bagi mengawal keadaan dan memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

Cuaca baik melancarkan urusan hari penamaan calon bagi PRN Johor ke-16 yang berlangsung di 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Pontian, Tangkak dan Kulai pada sebelah pagi ini, manakala Segamat, Kluang serta Mersing diramalkan cerah.

MetMalaysia turut menjangkakan ribut petir di kebanyakan daerah termasuk Johor Bahru, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi pada sebelah petang.

Bagi memastikan kelancaran proses, pihak polis dengan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal ketat aspek keselamatan serta lalu lintas di sekitar kawasan PPC bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih layak untuk mengundi merangkumi 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

SPR menetapkan hari pengundian pada 11 Julai manakala undi awal pada 7 Julai. –

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar