SPB rai perpaduan komuniti, agih insentif buat 21 anak peladang cemerlang SPM

MUKAH – Majlis Pengerami Ngiling Bidai anjuran Sarawak Plantation Berhad (SPB) menjadi platform terbaik bagi menyemai perpaduan dan mengeratkan hubungan antara syarikat korporat dengan komuniti akar umbi.

Ahli Lembaga Pengarah SPB, Philip Matau berkata, penganjuran majlis tersebut membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk berkumpul tanpa mengira latar belakang.

Menurut beliau, keakraban yang terjalin itu penting bagi mempermudah urusan penyaluran bantuan dan program usaha sama pada masa hadapan.

“Sebagai komitmen membalas jasa komuniti setempat yang menyokong operasi syarikat, SPB turut menyalurkan sumbangan tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 kepada tujuh buah sekolah di sekitar kawasan ladang.

“Setiap sekolah menerima dana sebanyak RM5,000 bagi membantu mempertingkat taraf pendidikan anak-anak di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan penyampaian insentif khas kepada 21 pelajar dalam kalangan anak pekerja ladang yang mencatat keputusan cemerlang 3A hingga 9A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Philip menyifatkan penganugerahan itu sebagai suntikan moral bagi membuktikan kekangan geografi luar bandar bukanlah penghalang untuk meraih kejayaan akademik.

“Ini bagi memberi semangat (kepada yang lain). Kita mahu tunjukkan bahawa anak-anak dari kawasan ladang juga mampu berdiri sama tinggi dan mencapai kecemerlangan,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Mukah, Nolin Gendang.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar