Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

PORT DICKSON – Inisiatif Program Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna Kampung Sawah di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang menyifatkan program berkenaan sebagai antara usaha terbaik kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan keperluan harian dengan harga yang lebih berpatutan.

Seorang pengunjung, Ina berkata, program berkenaan amat membantu kerana menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan yang diperlukan oleh pengguna.

“Selalunya jika program seperti ini diadakan, saya akan datang kerana dapat membeli barangan keperluan dapur pada harga yang lebih murah dan berpatutan.

“Program seperti ini banyak membantu semua golongan, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Seorang lagi pengunjung, Banmathy Kangkaiah berkata, walaupun perbezaan harga bagi sesetengah barangan hanya beberapa ringgit, penjimatan itu tetap memberi makna kepada pengguna dalam keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya, harga beras dan beberapa barangan keperluan lain yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran, sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, setiap penjimatan amat bermakna. Program seperti ini memberi peluang kepada rakyat membeli barangan keperluan pada harga yang lebih rendah dan membantu mereka berjimat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Lukut, Jeffry Azly Johari menyifatkan, Program Jualan Rahmah MADANI sebagai satu inisiatif yang memberi manfaat besar kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan status ekonomi.

Beliau berkata, program berkenaan bukan sahaja membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan pada harga mampu milik, malah mengukuhkan kesejahteraan komuniti melalui akses yang lebih mudah kepada keperluan harian.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan secara berkala di setiap daerah dan kawasan supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaatnya. Sambutan yang diterima membuktikan masyarakat amat menghargai usaha kerajaan dalam membantu mereka berdepan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Ketiga-tiga mereka turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas komitmen kerajaan meneruskan Program Jualan Rahmah MADANI yang disifatkan berjaya meringankan beban rakyat.

Mereka berharap inisiatif berkenaan dapat diteruskan dan diperluaskan ke lebih banyak kawasan pada masa hadapan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat di seluruh negara.

Related Posts

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

SIBU – Seramai 712 penduduk di sekitar Parlimen Lanang berjaya memperoleh lesen motosikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Tahun 2026 anjuran pusat khidmat parlimen berkenaan. Timbalan Yang Dipertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

NANA MOHAMAD & EVELINE B SIBU – Penganjuran Program KAWAN bertemakan ‘Dari Komuniti, Untuk Komuniti’ anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menjadi platform terbaik bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan