Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

KULAI – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menghadiri program kemuncak atau Grand Finale PH yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai, dua hari sebelum hari pengundian.

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha PH merangkap Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program turun padang menyantuni calon-calon PH yang bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

Menurut beliau, kehadiran Perdana Menteri sepanjang tempoh kempen akan disusun mengikut keperluan gerak kerja pilihan raya.

“Ya, Perdana Menteri nanti akan turun,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai penglibatan Anwar dalam kempen PRN Johor.

Mengulas mengenai kekerapan kehadiran Anwar sepanjang tempoh berkempen, Saifuddin secara berseloroh berkata, ia bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan oleh jentera pilihan raya PH.

“Kalau dia puas hati dengan persembahan saya, Amir dan seluruh jentera, dia kata tak payahlah turun selalu. Tapi kalau dia kerap turun, maknanya kami ada masalah,” katanya sambil disambut gelak ketawa para hadirin.

Beliau menjelaskan bahawa program Grand Finale PH pada 9 Julai dijangka menjadi kemuncak kempen gabungan itu dengan menghimpunkan semua presiden parti komponen Pakatan Harapan bagi menyampaikan mesej terakhir kepada pengundi Johor.

“Kita akan umumkan nanti. Semua presiden parti akan turun,” katanya.

Tambah beliau, pengumuman lanjut mengenai jadual kehadiran Perdana Menteri akan dibuat dalam masa terdekat, namun buat masa ini seluruh jentera memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memperkukuh kempen di semua kawasan yang ditandingi.

Dalam siri jelajah tersebut, Saifuddin turut menyantuni beberapa calon PH yang bertanding pada PRN Johor, antaranya Arthur Chiong Sen Sern (DUN Bukit Batu), Mohd Syafwan Ani (DUN Bukit Permai), Wong Bor Yang (DUN Senai), Yeo Tung Siong (DUN Pekan Nanas), Haniff @ Ghazali Hosman (DUN Pulai Sebatang), Guna Balakrishnan (DUN Layang-Layang) dan Nor Hafiz Roslan (DUN Machap).

PRN Johor kali ini menyaksikan Pakatan Harapan mempergiat gerak kerja kempen di seluruh negeri dengan memberi fokus kepada penyampaian agenda pembangunan, kestabilan politik serta keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan menjelang hari pengundian pada 11 Julai.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran