Jawatankuasa Kabinet bincang isu pekerja asing minggu depan – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Pekerja Asing seawal minggu depan bagi menyelaras penyelesaian terhadap pelbagai isu berkaitan pengurusan pekerja asing, termasuk yang dibangkitkan sektor makanan dan minuman.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, susulan keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Jemaah Menteri turut meneliti isu pekerja asing termasuk di sektor makanan dan minuman. Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu Pekerja Asing diadakan seawal minggu hadapan dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Tujuannya adalah untuk memastikan isu-isu berkaitan pekerja asing dapat diurus dan diselesaikan. Bagi sektor-sektor yang sedang membangkitkan isu ini, kita nantikan hasil mesyuarat tersebut,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan masih memperhalusi cadangan berhubung pengurusan pelarian Rohingya yang dikemukakan menerusi beberapa siri mesyuarat penyelarasan antara kementerian dan agensi berkaitan.

Katanya, mesyuarat berkenaan membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pejabat Menteri Besar Selangor serta beberapa agensi lain.

“Mesyuarat itu diadakan bagi menyusuli satu mesyuarat terdahulu yang berlangsung dua minggu lalu. Minggu lepas kita adakan satu lagi mesyuarat dan Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan hasil daripada perbincangan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengarahkan KDN meneliti dapatan mesyuarat itu sebelum menyelaras tindakan susulan bersama kementerian serta agensi berkaitan, termasuk Kementerian Luar dan agensi penguat kuasa.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan semua aspek berkaitan pelarian Rohingya, termasuk pendaftaran, penguatkuasaan dan tindakan pentadbiran lain, dapat dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama semua agensi serta pihak berkuasa tempatan.

“Perkara ini masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan khusus yang boleh diumumkan hari ini. Perbincangan akan diteruskan dalam masa terdekat,” katanya.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA