Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi

PUTRAJAYA – Cadangan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 disifatkan sebagai reformasi institusi yang bertujuan memperkukuh sistem demokrasi serta kebebasan institusi pendakwaan, bukannya bermotifkan politik.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua Ahli Parlimen perlu menilai pindaan itu berdasarkan kepentingan negara dan institusi, tanpa dipengaruhi pertimbangan politik kepartian.

Menurut beliau, pengasingan kedua-dua fungsi itu akan memastikan institusi pendakwaan dapat menjalankan tanggungjawab secara bebas daripada campur tangan pihak eksekutif.

“Ini akan menjamin institusi pendakwaan yang mempunyai kuasa besar dapat menjalankan tanggungjawabnya secara bebas tanpa dipengaruhi atau diarahkan oleh mana-mana pihak bagi tujuan tertentu.

“Kita perlu meletakkan negara dan Parlimen pada satu kedudukan yang jauh daripada permainan politik. Ini tiada kaitan dengan politik, sebaliknya untuk masa depan negara,” katanya dalam sidang media mingguan di sini, pada Jumaat.

Fahmi berkata, beliau telah meneliti RUU berkenaan yang dipinda selepas mengambil kira pelbagai syor dan pandangan yang dikemukakan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan serta pembangkang.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, proses itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mendengar pandangan semua pihak dalam usaha menambah baik kandungan RUU berkenaan.

“Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengambil kira pelbagai pandangan yang dikemukakan sebelum ini. RUU itu melalui proses jawatankuasa dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memasukkan isu-isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut membincangkan RUU berkenaan dan berharap ia menerima sokongan dwipartisan apabila dibahaskan di Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan komited untuk membentangkan serta meluluskan pindaan Perlembagaan itu pada persidangan Parlimen kali ini.

“Insya-Allah, kita berharap semua Ahli Parlimen dapat melihat perkara ini sebagai satu reformasi institusi demi kepentingan negara,” katanya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan