Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

MUKAH – Taktik dua kru kapal berlagak bersahaja di kaki lima sebuah premis memakan diri apabila mereka ditahan bersama dadah jenis syabu di Jalan Pasar Lama di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan selepas polis mengesan pergerakan mencurigakan kedua-dua individu terbabit di hadapan sebuah kedai perkakas.

Jelas beliau, suspek yang berusia 34 dan 32 tahun itu ditahan oleh pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek pertama (warga tempatan) menemukan satu peket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.82 gram.

“Pemeriksaan ke atas suspek kedua (warga asing) tidak menemukan sebarang barang terlarang, namun ujian saringan air kencing mengesahkan kedua-duanya positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhamad Rizal memaklumkan bahawa jenis dadah yang dikesan menerusi saringan tersebut adalah amfetamin dan metamfetamin.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM