Kanak-kanak Palestin makin terancam susulan sekatan institusi kemanusiaan

JAWATANKUASA Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mengeluarkan amaran bahawa kanak-kanak Palestin kini semakin kehilangan perlindungan susulan tindakan agresif Israel yang memaksa pertubuhan kemanusiaan menghentikan atau mengecilkan skala operasi mereka.

Menerusi satu kenyataan rasmi, jawatankuasa itu mengutuk sekeras-kerasnya taktik terbaharu rejim Zionis yang sewenang-wenangnya melabelkan para pembela hak asasi manusia serta pertubuhan masyarakat sivil di wilayah Palestin yang diduduki termasuk di Gaza dan Tebing Barat sebagai pengganas.

Menurut jawatankuasa itu, label berkenaan turut disusuli dengan siri tindakan ketenteraan yang menindas termasuk serbuan bersenjata, sekatan perjalanan, sekatan kewangan, ancaman tangkapan, pemusnahan rekod penting, serta ancaman sekatan sekunder terhadap mana-mana rakan kongsi yang menyokong usaha kemanusiaan terbabit.

Pihak jawatankuasa menzahirkan kebimbangan mendalam apabila banyak organisasi yang memfokuskan kepada kebajikan dan perlindungan kanak-kanak terpaksa mengehadkan pergerakan mereka ekoran gangguan berterusan, ancaman, pengharaman, sekatan, serta serangan terancang terhadap reputasi mereka.

“Selama lebih tiga dekad, organisasi-organisasi ini telah memainkan peranan yang amat penting dalam mempertahankan kanak-kanak Palestin, termasuk mewakili mereka di mahkamah tentera Israel, serta mendokumentasikan pelanggaran hak asasi yang berat oleh tentera rejim.

“Tanpa kehadiran mereka, kanak-kanak Palestin akan menjadi lebih terdedah kepada bahaya, manakala pencabulan hak mereka berisiko berterusan tanpa sebarang pengadilan atau hukuman terhadap pelaku,” menurut kenyataan itu, lapor Anadolu.

Sehubungan itu, jawatankuasa berkenaan mendesak Israel agar menarik balik semua bentuk sekatan yang dikenakan terhadap pembela hak kanak-kanak dan kumpulan kemanusiaan dengan serta-merta.

Mereka turut menggesa komuniti antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas bagi mengheret pihak berkuasa Israel ke muka pengadilan atas siri serangan bersasar terhadap penggerak hak asasi manusia di Palestin.

“Para pembela hak kanak-kanak ini telah membuktikan komitmen mereka untuk terus berdiri teguh bersama-sama kanak-kanak dan keluarga Palestin di sebalik persekitaran yang amat berbahaya.

“Mereka ini sepatutnya diberikan perlindungan sewajarnya, bukannya dihukum,” tegas kenyataan itu.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis