Pelajar tingkatan satu kritikal, jatuh bangunan di sekolah

IPOH – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di kawasan sebuah sekolah menengah di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui talian kecemasan MERS 999 pada jam 2.49 petang.

Menurut beliau, sejurus menerima laporan, anggota polis bersama pasukan perubatan telah digerakkan ke lokasi bagi memberikan bantuan segera selain menjalankan siasatan awal.

“Mangsa yang merupakan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di kawasan sebuah sekolah menengah di Ipoh.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Mohd Alwi berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Katanya, setakat ini polis masih mengumpul keterangan daripada saksi-saksi selain meneliti semua aspek yang berkaitan bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis juga memohon agar privasi mangsa, keluarga serta pihak sekolah dihormati sepanjang tempoh siasatan dan rawatan dijalankan.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kebajikan mangsa dan keluarga terus terpelihara,” katanya.

Tambah beliau, polis akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh serta sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Foto: Bernama

  • Related Posts

    AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

    MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

    MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

    AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

    Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

    Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

    110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

    110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

    713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

    713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    • By Fatin
    • October 7, 2026
    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎