Bengang disuluh lampu di kebun durian, dua lelaki positif dadah ugut tembak mekanik

SARATOK – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas dua laras senjata api berserta peluru dalam satu operasi di Roban pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis berhubung ugutan jenayah terhadap seorang mekanik berusia 34 tahun.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 33 tahun berhasrat menembak mangsa menggunakan peluru penabur (buckshot) gara-gara bengang mukanya disuluh lampu ketika berada di sebuah kebun durian pada waktu malam.

“Suspek turut mengaku pernah mengeluarkan ugutan tersebut dan sering menggunakan senapang patah serta senapang guli milik suspek kedua yang berusia 53 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mathew berkata, suspek kedua turut mengaku sebagai pemilik senjata dan kesemua peluru yang dirampas tanpa memiliki sebarang lesen sah.

Menurutnya, polis merampas selaras senapang patah sepanjang 90 sentimeter (sm), senapang guli (98sm) dan 10 butir peluru senapang patah untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

“Semakan rekod lampau turut mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod kesalahan berkaitan dadah pada tahun 2021,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun