6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

SEMPORNA – Sebanyak 6,850 liter minyak petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan di kawasan rumah tidak bernombor, perkampungan atas air di Kampung Mesra, pada Isnin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memaklumkan, rampasan itu merupakan serahan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) IPK Sabah hasil pemeriksaan yang dijalankan.

“Rampasan bagi kes pertama melibatkan sebanyak 4,350 liter minyak petrol yang disimpan di dalam 174 buah jerikin berkapasiti 25 liter dan dua buah bot kayu beserta tiga enjin sangkut berwarna kelabu, sebuah enjin sangkut.

“Kes kedua pula melibatkan rampasan sebanyak 2,500 liter minyak petrol yang disimpan di dalam 100 buah jerikin berkapasiti 25 liter, ” menurut kenyataan KPDN Sabah, pada Selasa.

Dalam kenyataan sama, difahamkan kedua-dua kes merupakan rampasan tanpa tuan dan tiada tangkapan dibuat semasa operasi dijalankan.

“Nilai rampasan barang kawalan dianggarkan berjumlah RM25,482.00 manakala keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dan enjin yang disita dianggarkan berjumlah RM52,482.00.

“KPDN Cawangan Semporna kemudian membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] untuk tindakan lanjut, ” tambah kenyataan KPDN Sabah.

Related Posts

Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja lemas lepas ‘hilang’ di Pantai Sepat

KUANTAN – Seorang remaja ditemukan lemas di Pantai Sepat, Jalan Kuantan-Pekan, di sini, pagi tadi. Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Mohamad Raiyan Khairul Anuar, 16, ditemui kira-kira 50 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir