Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah kes penyalahgunaan dadah merekodkan peningkatan dadah sintetik iaitu Amphetamine-Type Stimulants (ATS).

“Jawapannya, tahun 2023 sebanyak 145,526 kes, 2024 sebanyak 192,852 kes dan 2025 sebanyak 141,817 kes.

“Ini menandakan bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia, 560 terlibat dengan dadah.

“Apabila kita buat ‘mapping’, paling serius negeri pantai timur. Maknanya, negeri pantai timur ni tak main dah ganja, heroin, ketum, morfin tu tapi yang dicari ATS, syabu.

“Kalau dibahagi ikut daerah, daerah paling tinggi ialah Pendang, diikuti Kuala Krai, Bachok, Besut dan Mersing pun masuk senarai,” katanya bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkenaan adakah Malaysia sudah menjadi pengedaran hab dadah di Dewan Rakyat pada Selasa.

Saifuddin turut menambah bahawa penemuan terbaru polis ialah cecair vape yang dipanggil Fentanyl dan ianya lebih parah dan kesannya berganda berbanding morfin malah boleh mengakibatkan kematian.

“Maksudnya bila kita kumpul data ini, nak tahu serius atau tidak, kategori umur 15-39 tahun paling ramai, maknanya umur yang masih produktif, mewakili hampir 75 peratus dan akan refleks dalam penjara,” katanya.

Ujarnya lagi, ia tidak bermakna pihak berkuasa berdiam diri kerana menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) dan lain-lain, semuanya bertungkus lumus mencari penyelesaian.

“Baiknya kerana tahun 2025, masa kita pinda akta penagih dadah berbahaya di bawah jadual 1, maknanya tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan.

“AADK fungsi utama pencegahan, penguatkuasaan dan rawatan permulihan. Menyasarkan program komuniti masyarakat, program basmi dadah di peringkat isntitusi Pendidikan, sekolah, program siswa aktif, program intervensi,prihatin, tempat kerja bebas dadah dan lain-lain.

“Ini menunjukkan usaha untuk tangani masalah dadah, kita dah berlawan lebih empat dekad, dengan ancaman sangat dinamik, bermula dadah konvesional sehinggalah dadah sintetik,” katanya lagi.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja