Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei meminta Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali memberi kepastian berhubung penganjuran debat yang dicadangkan sebelum ini, termasuk menetapkan tarikh, masa dan lokasi pelaksanaannya.

Beliau turut memaklumkan bahawa surat rasmi berkaitan perkara itu telah dihantar ke pejabat JKOM di Putrajaya hari ini bagi mendapatkan maklum balas lanjut.

Sementara itu, dalam pertemuan yang berlangsung di aras bawah Galeria PjH di sini, JKOM yang diwakili Timbalan Ketua Pengarahnya, Suwadi Guliling, ketika menerima surat rasmi berkenaan memaklumkan perkara itu akan diteliti dan sebarang ketetapan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada Khamis lalu, Mohd Hisyamuddin membuat laporan polis terhadap Albert atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam serta mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Komunikasi.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dengan menggesa pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam kejadian itu, Albert bersama beberapa individu hadir secara tiba-tiba pada sidang media berkenaan sebelum mengajukan beberapa soalan kepada Mohd Hisyamuddin, termasuk meminta penjelasan mengenai dakwaan gangguan yang dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun, Mohd Hisyamuddin hanya memaklumkan bahawa beliau akan berusaha menyediakan platform bagi membolehkan kedua-dua pihak mengadakan sesi debat.

Related Posts

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

KANGAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan akaun media sosial palsu yang menyamar menggunakan nama agensi kerajaan bagi menawarkan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau bantuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

BANGI – Gerakan Islam tidak seharusnya hanya bergantung kepada semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya perlu diperkukuh dengan ilmu, akhlak serta idealisme perjuangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol