Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

MIRI – Program Zumba Aerodance anjuran Kesatuan Pekerja Bank Sarawak cawangan Miri berlangsung dengan meriah sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengumpul dana bagi membantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Mosjaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senadin, Datuk Sri Lee Kim Shin yang turut meluangkan masa menyertai aktiviti senamrobik bersama para peserta yang terdiri daripada ahli kesatuan, kakitangan bank, wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat.

Kim Shin berkata, beliau memuji inisiatif Kesatuan Pekerja Bank Sarawak Cawangan Miri yang bukan sahaja menganjurkan program berteraskan kesihatan, malah menggabungkan elemen kebajikan melalui kutipan dana untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Program seumpama ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental.

“Saya turut menyeru lebih banyak organisasi dan badan korporat untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, khususnya golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Program Zumba Aerodance tersebut berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan dan hasil kutipan dana akan disalurkan kepada PPDK Mosjaya bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program pemulihan dan pembangunan untuk para pelatih pusat berkenaan.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata, penyerahan sumbangan serta sesi bergambar bersama para peserta sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Related Posts

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

MIRI – Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyantuni penduduk setempat di Riam Mosjaya di sini bagi meraikan sambutan Hari Bapa, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup