Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para negara.

Program yang berlangsung di Dewan Tertutup SSC Mukah pada Ahad itu menjadi medan saringan bagi mengenal pasti kebolehan peserta terbabit dalam pelbagai jenis sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, inisiatif berkenaan amat kritikal bagi memastikan golongan OKU tidak terus tercicir daripada arus pembangunan sukan perdana.

“Program ini sangat penting kerana ia memberi ruang kepada golongan OKU untuk menonjolkan kebolehan serta bakat luar biasa yang mereka miliki.

“Melalui proses saringan awal ini, kita dapat mengenal pasti individu yang berpotensi besar untuk dilatih dan diketengahkan sebagai atlet para pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada malam Ahad.

Mengulas lanjut, Royston menjelaskan, penglibatan aktif dalam bidang sukan bukan sahaja meningkatkan tahap fizikal dan mental golongan istimewa tersebut, malah berupaya melonjakkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat.

Beliau menyifatkan program berkenaan sebagai bukti jelas bahawa golongan OKU mempunyai keupayaan setanding atlet normal sekiranya diberikan platform, sokongan serta sistem latihan sewajarnya.

“Banyak contoh atlet para kita yang telah membuktikan kemampuan bersaing sehingga mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Kita tidak mahu sukan para ketandusan atlet pelapis pada masa akan datang, sebab itu program seumpama ini perlu diteruskan dan diperluaskan,” tegas beliau.

Penganjuran program tersebut merupakan langkah proaktif dalam usaha memperkasakan portfolio sukan para di Sarawak secara bersasar dan sistematik dari peringkat akar umbi.

Related Posts

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

MIRI – Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyantuni penduduk setempat di Riam Mosjaya di sini bagi meraikan sambutan Hari Bapa, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

MIRI – Program Zumba Aerodance anjuran Kesatuan Pekerja Bank Sarawak cawangan Miri berlangsung dengan meriah sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengumpul dana bagi membantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup