Wanita ditangkap jual beras seludup

PASIR MAS – Seorang wanita berusia 37 tahun ditahan selepas dipercayai menjual beras dan tepung seludup dari Thailand yang disimpan di sebuah stor di Kampung Pohon Buloh dekat Meranti, kelmarin.

Suspek yang juga peniaga mengaku menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun dengan mendapatkan bekalan daripada pemborong di Pasar Tasek Raja.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan PGA8 pada jam 11.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan hasil risikan dan maklumat awam.

“Pemeriksaan menemui 300 paket tepung beras serta 900 kilogram beras Siam disyaki diseludup dengan anggaran nilai RM4,500.

“Suspek turut mengaku bertindak sebagai penjaga stor dan menjual bekalan berkenaan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Foto: Berita harian

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar