Penurunan harga diesel bukti kecekapan Kerajaan MADANI, rakyat terus nikmati manfaat

KOTA KINABALU – Pengumuman penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula Julai 2026 membuktikan reformasi ekonomi dan langkah penyasaran subsidi yang dilaksanakan Kerajaan MADANI kini mula memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar melalui penggunaan MyKad bukan sahaja memastikan subsidi disalurkan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar layak, malah berjaya mengurangkan ketirisan serta aktiviti penyeludupan yang sekian lama menjejaskan keberkesanan sistem subsidi negara.

“Langkah tersebut dilaksanakan ketika dunia masih berdepan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan terhadap pasaran tenaga global yang memberi kesan kepada kestabilan harga bahan api serta kos sara hidup rakyat.

“Konflik yang berterusan di Asia Barat menuntut setiap negara mengambil pendekatan lebih strategik dalam menjamin keselamatan tenaga dan kestabilan ekonomi domestik.

“Dalam keadaan mencabar ini, Kerajaan MADANI berjaya mengurus dasar tenaga negara secara berhemah dan berkesan,” ujarnya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tambah Mustapha, usaha Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan negara-negara pengeluar utama seperti Rusia dan Turkmenistan, selain memperluaskan hubungan strategik dalam sektor tenaga, membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh ketahanan tenaga negara bagi jangka panjang.

“Penurunan harga diesel tersebut turut mencerminkan keberkesanan dasar luar negara dan hubungan antarabangsa yang dilaksanakan kerajaan dalam memastikan kepentingan ekonomi negara terus terpelihara.

“Keupayaan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurus ekonomi negara secara berhemah melalui pelbagai reformasi yang dilaksanakan telah membolehkan hasilnya dinikmati rakyat, termasuk melalui pengurangan beban kos sara hidup dan peningkatan kesejahteraan rakyat,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Kerajaan MADANI akan terus komited melaksanakan dasar-dasar yang berteraskan kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi serta pengurusan kewangan negara yang bertanggungjawab demi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh lapisan masyarakat.

Related Posts

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

KUALA LUMPUR – Transaksi Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang kini banyak digunakan bagi perbelanjaan kecil, bukan lagi tertumpu pembelian barangan bernilai tinggi membuktikan kemudahan itu menjadi pilihan pengguna untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003