Ibrahim Sani lepas jawatan CEO Yayasan Peneraju

KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju (YP) agensi di bawah Kementerian Ekonomi, mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Sani akan berundur daripada jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Menteri Ekonomi merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YP, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peralihan kepimpinan ini tidak akan menjejaskan kesinambungan operasi dan pelaksanaan agenda strategik YP.

Katanya, ini termasuk sasaran untuk menyokong pembangunan 100,000 bakat Bumiputera menjelang 2030, termasuk membangunkan 10,000 individu yang mempunyai penyertaan ekonomi dan pemilikan aktif selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

“Bagi pihak Lembaga Pemegang Amanah, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ibrahim atas kepimpinan dan sumbangan beliau dalam menerajui YP pada satu fasa penting transformasi organisasi, khususnya dalam memperkukuh peranan YP sebagai institusi pembangunan bakat Bumiputera yang lebih strategik dan berorientasikan nilai,” katanya dalam satu kenyataan.

Akmal Nasrullah turut mendoakan agar Ibrahim terus berjaya dalam bidang yang diceburi selepas ini.

“Kami menghargai segala jasa dan khidmat bakti beliau, dan moga beliau terus maju dalam perjalanan seterusnya.

“Bagi YP, tugas membina bakat Bumiputera akan diteruskan dengan komitmen yang sama, malah dengan tumpuan yang lebih kukuh,” katanya.

Sejak memegang jawatan itu pada November 2023, Ibrahim menerajui peralihan YP daripada penciptaan kekayaan kepada penciptaan nilai, dengan matlamat melahirkan pemimpin profesional, perniagaan dan komuniti yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, YP melancarkan Talent Bank pada 2024 sebagai platform strategik untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat Bumiputera berpotensi tinggi.

Ibrahim berkata, mengetuai YP sepanjang tempoh penting ini adalah satu penghormatan yang amat bermakna buatnya.

“Dalam usaha mentransformasikan YP agar terus relevan dalam memenuhi keperluan bakat negara masa kini dan masa hadapan, saya berbangga dengan segala kemajuan yang telah dicapai bersama warga YP.

“Saya yakin usaha yang telah dilaksanakan ini meletakkan YP pada landasan yang tepat untuk merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju 2030,” katanya.

Related Posts

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

KUALA LUMPUR – Transaksi Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang kini banyak digunakan bagi perbelanjaan kecil, bukan lagi tertumpu pembelian barangan bernilai tinggi membuktikan kemudahan itu menjadi pilihan pengguna untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM