‘Trak pikap boleh buka selimut’, pemilik syukur dan berterima kasih PMX turunkan harga diesel

KEPUTUSAN kerajaan menurunkan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula Julai depan mengundang pelbagai reaksi positif di kalangan pengguna media sosial, khususnya pemilik kenderaan trak pikap yang melihat langkah itu mampu mengurangkan beban kos penggunaan harian.

Di platform Threads, rata-rata pengguna meluahkan rasa lega kerana kos penggunaan harian dijangka berkurangan yang kini pemilik tidak lagi perlu ‘berkira-kira’ untuk menggunakan kenderaan mereka selepas beberapa bulan berdepan harga diesel yang lebih tinggi

Seorang pengguna berkata, pemilik trak pikap kini boleh kembali menggunakan kenderaan mereka dengan lebih kerap susulan penurunan harga diesel.

“Terima kasih PMX, akhirnya kami pemilik 4×4 dapat menarik nafas lega bila harga diesel diturunkan. Selepas ini jalan raya tidak sunyi dengan trak pikap,” kata @MunDie di media sosial, pada Isnin.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna secara berseloroh bahawa ‘trak pikap sudah boleh buka selimut’ kerana pemilik kenderaan pacuan empat roda kini tidak lagi terbeban dengan kos bahan api seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah, akhirnya diesel turun sehingga RM2.10. Cantik PMX, terima kasih mendengar luahan pemilik kenderan diesel. Akhirnya Hilux saya dah boleh buka selimut, masanya untuk berdesup di jalan raya, hahaa,” jelas @MorshidiAmin di Thread.

Selain itu, ada juga pengguna yang menjangkakan pasaran kenderaan diesel terpakai akan kembali rancak selepas beberapa bulan mengalami penyusutan nilai susulan kenaikan harga diesel sebelum ini.

Menurut @Zamrun_Hus, pemilik yang baru menjual kenderaan diesel berkemungkinan terlepas peluang memperoleh harga lebih baik sekiranya penurunan itu diumumkan lebih awal.

“Siapa yang baru jual kereta diesel minggu lepas memang putih mata. Banyak kenderaan 4×4 dan MPV diesel turun harga sepanjang beberapa bulan diesel mahal. Diesel dah murah semula, naik semula lah harga ‘second hand’ kenderaan diesel,” katanya.

Dalam pada itu, sebahagian pengguna berharap penurunan harga diesel bukan sekadar memberi manfaat kepada pemilik kenderaan, malah mampu mengurangkan kos logistik sekali gus mendorong penurunan harga barangan di pasaran.

“Terima kasih PMX, harap harga barang turun juga. Moh lerr kita borong  4×4,” tulis @RohaniHuss@in.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa mulai bulan depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan itu dibuat menerusi pembaharuan mekanisme penyasaran subsidi diesel secara seragam di seluruh negara menggunakan sistem berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang akan diguna pakai bagi pelaksanaan Budi MADANI RON95.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja