Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan

KUANTAN – Dua maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan petang semalam.

Dalam kemalangan yang pada jam 5.57 petang itu, pemandu kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard dan pemandu kereta Honda Civic meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan dua penumpang Toyota Alphard berusia 15 dan 35 tahun, termasuk seorang wanita, cedera.

“Penumpang hadapan kereta Honda Civic dilaporkan parah, manakala tiga penumpang lain termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kecederaan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, sepasukan anggota dari BBP Chini dengan bantuan anggota BBP Muadzam Shah bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi