Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam.

Program itu membabitkan 14 keluarga angkat yang terdiri daripada peneroka FELDA berkenaan.

Pengurus FELDA Lepar Hilir 3, Abdul Samad Harun berkata, kali terakhir program seumpama itu diadakan di tanah rancangan berkenaan adalah pada tahun 2011.

“Ini bermakna selepas hampir 15 tahun, kita adakan semula macam program anak angkat dengan kerjasama MAMPAN dan warga peneroka.

“Sepanjang empat hari program, mahasiswa akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing dan memahami cara hidup sebagai peneroka FELDA,” katanya.

Program itu dirasmikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Lepar, Mustaqim Zakaria.

Misi Kasih berkenaan bertujuan mendedahkan mahasiswa mengenai struktur ekonomi dan sosial di tanah rancangan terbabit.

Mahasiswa yang menyertai program itu akan melakukan analisa mengenai projek pembangunan infrastruktur dan kegiatan ekonomi yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan penduduk.

Kumpulan mahasiswa itu juga dibawa melawat ladang kelapa sawit dan melihat dengan lebih dekat cara betul menuai buah sawit yang sudah matang.

Sementara itu, Mustaqim memaklumkan, pemilikan FELDA Lepar Hilir 3 sebagai lokasi misi MAMPAN adalah satu penghargaan kepada penduduk di situ.

“Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak MAMPAN dan juga warga peneroka yang memberi kerjasama menjayakan program ini,” katanya.

Related Posts

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

KUALA LUMPUR – Komuniti penghantar makanan dan barangan kini mempunyai sebuah ruang khusus untuk berehat beserta kemudahan asas menerusi D’Tebing Recharge Rider yang diperkenalkan sebagai Hab P-Hailing Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian