Malaysia, Uzbekistan perluas kerjasama strategik pelbagai sektor

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Uzbekistan bersedia memperluas jaringan kerjasama dalam pelbagai sektor strategik, termasuk tenaga, perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu menjadi antara fokus utama pertemuannya dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika singgah di Tashkent dalam perjalanan ke Kazan, Russia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia yang berlangsung pada 17 hingga 18 Jun.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata pertemuan berkenaan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang semakin berkembang merentasi pelbagai bidang strategik.

Menurut Anwar, perbincangan turut merangkumi aspek perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan.

“Kami juga menyentuh kepentingan mempereratka kerjasama dalam memelihara dan mengangkat khazanah tamadun Islam serta tradisi keilmuan yang telah melahirkan tokoh tokoh besar yang menyumbang kepada kegemilanga peradaban manunia,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Uzbekistan turut mengenal pasti peluang yang luas untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya industri gas dan petroleum.

Katanya, kerjasama itu bukan sahaja mampu merangsang pertumbuhan ekonomi, malah menyokong agenda keselamatan tenaga serta pembangunan mampan kedua-dua negara.

Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Uzbekistan dalam memperkukuh hubungan dengan negara anggota ASEAN, selain mengiktiraf peranan negara Asia Tengah itu yang semakin signifikan di peringkat serantau.

Beliau berkata, hubungan persahabatan antara Malaysia dan Uzbekistan perlu terus diperkasakan, bukan sahaja bagi menjana manfaat ekonomi dan perdagangan, tetapi juga untuk mengangkat martabat insan, memperluas akses ilmu serta merealisasikan pembangunan yang lebih adil dan inklusif.

Sebelum meneruskan penerbangan ke Kazan, Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan kebangsaan Uzbekistan yang bakal memulakan kempen mereka pada saingan Piala Dunia 2026.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh