RM450,000 disalur perkasa 180 usahawan wanita Perak melalui BizNita 2026

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM450,000 bagi memperkasakan pembangunan usahawan wanita menerusi Program Transformasi Usahawan Wanita dan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan BizNita Negeri Perak Tahun 2026 yang memberi manfaat kepada 180 penerima di seluruh negeri ini.

Program berkenaan bertujuan membantu usahawan wanita meningkatkan kapasiti perniagaan, menambah pendapatan serta memperluaskan peluang pengembangan perniagaan melalui bantuan peralatan yang disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, bantuan yang diberikan bukan sekadar berbentuk peralatan perniagaan, malah merupakan pelaburan strategik kerajaan negeri dalam memperkukuh kedudukan wanita sebagai pemangkin ekonomi keluarga dan masyarakat.

“Di sebalik peruntukan RM450,000 ini, terdapat 180 kisah perjuangan, harapan dan impian wanita yang gigih membina masa depan keluarga melalui perniagaan masing-masing.

“Bantuan ini bukan sekadar peralatan, tetapi pelaburan kerajaan negeri untuk membantu usahawan wanita meningkatkan kapasiti perniagaan, menjana pendapatan dan melangkah lebih jauh,” katanya ketika berucap pada Program Transformasi Usahawan Wanita dan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan BizNita Negeri Perak Tahun 2026 di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, kerajaan negeri komited memperkukuh agenda pemerkasaan wanita melalui pelbagai program pembangunan keusahawanan yang mampu meningkatkan daya saing dan kebolehupayaan golongan tersebut dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Katanya, bantuan yang disalurkan diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Dalam pada itu, Salbiah turut merakamkan penghargaan kepada Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak, agensi pelaksana serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif berkenaan.

“Semoga setiap bantuan yang disalurkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan kerana apabila wanita diperkasakan, keluarga menjadi lebih sejahtera dan ekonomi negeri turut berkembang,” katanya.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX