Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

PENYERANG berbisa Norway, Erling Haaland meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Iraq 4-1 dalam aksi Kumpulan I Piala Dunia, sekali gus memberi amaran awal kepada lawan dalam kejohanan itu.

Dalam penampilan pertama Norway di Piala Dunia selepas 28 tahun, Haaland tidak menunggu lama untuk membuka jaringannya pada minit ke-29.

Iraq berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi tandukan penyerang berpengalaman, Aymen Hussein, yang mengatasi tiga pertahanan Norway ketika menyambut hantaran ke dalam kotak penalti.

Haaland kembali meletakkan Norway di depan empat minit kemudian untuk jaringan antarabangsa ke-57 dalam penampilan ke-51 bersama skuad kebangsaan.

Norway menambah gol ketiga pada minit ke-76 menerusi pemain gantian, Leo Ostigard, yang menanduk masuk bola sepakan penjuru.

Malang buat Iraq apabila Hussein menjaringkan gol sendiri pada saat akhir perlawanan untuk menghadiahkan gol keempat Norway dan melengkapkan kemenangan 4-1.

Related Posts

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok